Sokongan Netflix HDR Untuk Sony Xperia Z2, Huawei Mate 10 Pro Dan Huawei P20 Diaktifkan

Sokongan Netflix HDR Untuk Sony Xperia Z2, Huawei Mate 10 Pro Dan Huawei P20 Diaktifkan

Diterbitkan pada Mei 17, 2018 oleh .

Banyak peranti utama kini mempunyai sokongan skrin HDR bagi menikmati kandungan yang lebih terang berbanding skrin biasa. Namum sokongan perkakasan sahaja tidak mencukupi kerana sokongan dari pihak ketiga masih diperlukan sebelum kandungan HDR dapat dinikmati.

Sony Xperia Z2, Huawei Mate 10 Pro dan Huawei P20 ialah tiag peranti yang baru sahaja tersenarai sebagai peranti yang boleh menstrim kandungan Netflix HDR. Ini membawakan jumlah telefon pintar Android yang menyokong Netflix HDR kepada sebelas kesemuanya. Harus diingatkan anda perlu mempunyai langganan penstriman UHD sebelum boleh menikmati HDR. Pada pakej langganan biasa HDR tidak boleh diakses walaupun pada peranti yang menyokongnya.


TIPS & ULASAN