Caviar, salah satu pengeluar aksesori dari Russia sedia hadir dengan sejumlah penawaran peranti yang diubah-suai – sekaligus ditawarkan pada harga premium. Terkini, mereka turut hadir dengan iPhone X Tesla, yang mana merupakan iPhone X yang diubah-suai dengan penambahan kerangka luaran yang mengintegrasikan panel solar.
Melalui panel solar tambahan ini, ia membolehkan pengguna mengecas peranti melaluinya serta menawarkan tenaga bateri tambahan. Kerangka tambahan ini juga turut hadir dengan sokongan kalis air dan debu IP67.
Caviar menyasarkan untuk mengeluarkan sekitar 999 unit sahaja untuk variasi produk ini, dan ia akan dijual pada harga bermula $4555 (~RM18k) untuk model 64GB.