Asus Zenfone Max Pro (M1) Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 31 Mei

Asus Zenfone Max Pro (M1) Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 31 Mei

Diterbitkan pada Mei 17, 2018 oleh .

Asus Malaysia hari ini mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Asus Zenfone Max Pro (M1) secara rasminya untuk pasaran tempatan pada penghujung bulan ini, iaitu 31 Mei 2018.

Asus Zenfone Max Pro M1

Asus Zenfone Max Pro (M1) hadir dengan skrin 6-inci dengan nisbah skrin 18:9, dijana cip Snapdragon 636, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia turut menggunakan bateri berkapasiti 5000mAh.

Melengkapkannya juga adalah dwi-kamera belakang 13MP/16MP + 5MP (untuk bokeh), selain kamera hadapan 8MP/16MP.

Selain spesifikasi yang menarik, telefon pintar ini turut hadir dengan antaramuka asli Android tanpa penambahan Zen UI. Namun, terdapat sedikit perbezaan pada antaramuka kamera yang menyertakan beberapa ciri tambahan seperti sokongan swafoto dan sebagainya. Asus mengatakan mereka menggunakan aplikasi Snapdragon Camera pada peranti ini yang menyertakan ciri-ciri tambahan ini.

Asus Malaysia masih belum mengumumkan harga jualan untuknya. Tetapi, ia dijangka berharga lebih rendah berbanding Redmi Note 5, dan tiga variasi bakal ditawarkan, termasuk model 3GB RAM, 4GB RAM, dan 6GB RAM. Sama-sama kita nantikan 31 Mei ini untuk mengetahui harga jualan rasminya kelak.


TIPS & ULASAN