Carian
Asus Zenfone 5 Bakal Turut Dilancarkan Pada Penghujung Bulan ini
May 17, 2018 Aman

Bersama-sama pengenalan Asus Zenfone Max Pro M1 pada 31 Mei 2018 kelak, Asus Malaysia turut dijangka memperkenalkan satu lagi peranti, iaitu Asus Zenfone 5. Seperti ramai sedia maklum, ia telah dilancarkan pada bulan Februari lepas ketika acara MWC 2018, dan kini selepas beberapa bulan, akhirnya akan dipasarkan di Malaysia.

Asus Zenfone 5 hadir dengan rekaan skrin bertakuk, dilengkapi skrin 6.2-inci, menggunakan cip Snapdragon 636, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut hadir dengan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 8MP, selain bateri berkapasiti 3300mAh.

Asus Zenfone 5 hadir dengan antaramuka ZenUI yang menyertakan sejumlah ciri-ciri tambahan bersama-sama dengannya, termasuk sokongan kamera Pixel Master.

Buat masa ini, harga jualan rasmi Asus Zenfone 5 masih tidak diketahui lagi, dan mungkin terjawab pada 31 Mei 2018 ini.

Komen