Cari @ Amanz

Semalam Smartisan R1 dilancarkan dengan storan sebesar 1TB. Ini adalah saiz storan terbesar pernah ditawarkan pada sebuah telefon pintar. Tetapi rekod ini mungkin akan dipintas oleh Lenovo Z5 yang akan dilancarkan pada bulan Jun ini. Presiden Lenovo Chang Cheng telah menaikkan imej acah di bawah pada laman rasmi Weibo beliau.

Ia dengan jelas memberikan petunjuk peranti utama mereka ini akan hadir dengan storan sebesar 4TB. Selain storan yang amat besar ini, Lenovo Z5 turut dipercayai akan mempunyai rekaan nirbingkai dengan nisbah permukaan kaca di bahagian hadapan yang tinggi. Kami secara peribadi cukup berpuasa hati dengan storan sebesar 64GB. Tidak diketahui apakah yang boleh dilakukan dengan storan sebesar ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd