OnePlus 6 Mungkin Memasuki Pasaran Malaysia Pada Pertengahan Jun

OnePlus 6 Mungkin Memasuki Pasaran Malaysia Pada Pertengahan Jun

Diterbitkan pada Mei 17, 2018 oleh .

OnePlus 6 telah dilancarkan semalam. OnePlus kali ini membawakan rekaan unik untuk telefon pintar mereka dengan menggunakan panel kaca pada bahagian belakang. Apa yang unik dengan panel kaca ini adalah, ia mempunyai kemasan seakan seramik dan juga kemasan hitam pusam.

OnePlus 6

Peminat OnePlus pasti tidak sabar untuk memiliki OnePlus 6 ini. OnePlus menjanjikan prestasi yang lancar, kemaskini yang baik dan juga kamera yang mampu menghasilkan gambar yang menarik. Jadi, bilakah OnePlus 6 akan memasuki pasaran Malaysia? Menurut sumber dalaman kami, OnePlus 6 akan mula dijual di Malaysia pada pertengahan bulan Jun dengan pilihan warna Mirror Black dan Midnight Black. Jualan ini sedikit lambat berbanding dengan pasaran lain, ini adalah bagi memudahkan perkiraan GST. Harga rasmi pula dijangka akan diumumkan dalam masa beberapa hari lagi.

Sebagai peringatan, OnePlus 6 ini dilengkapi dengan skrin bertakuk 6.28″ Optic Amoled FHD+, dijana dengan Snapdragon 845, mempunyai memori 6/8GB RAM dan storan dalaman 64/128/256GB UFS2.1, dwi-kamera menegak 16+20 Megapixel  f/1.7 dengan OIS dan EIS, kamera swafoto 16 Megapixel dan bateri sebesar 3300mAh.


TIPS & ULASAN