Sejak iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X, Apple telah menyertakan sokongan pengecasan pantas untuk ketiga-tiga peranti ini. Namun begitu, Apple tidak menyediakan pengecas pantas ini dalam pakej pembelian iPhone-iPhone ini dan pengguna harus membelinya secara berasingan.
Kini menurut Chargerlabs, Apple akan menyediakan pengecas pantas ini untuk pakej belian iPhone model 2018. Pengecas pantas iPhone ini menggunakan teknologi USB-PD dengan sambungan USB-C kepada Lightning. Pengecas pantas ini juga mempunyai kuasa 18W dan secara teorinya ia boleh mengecas daripada 0% hingga 100% dalam masa 1 Jam 45 Minit.
Selain itu, rekaan pengecas pantas baru Apple ini lebih nipis dan lebih kecil berbanding dengan pengecas pantas yang Apple tawarkan hari ini. Akhirnya, setelah bertahun-tahun lamanya pengguna iPhone kini boleh mengecas iPhone mereka dengan pantas tanpa membeli pengecas tambahan.