Vivo X21 Edisi Piala Dunia 2018 Dilancarkan

Vivo X21 Edisi Piala Dunia 2018 Dilancarkan

Diterbitkan pada Mei 17, 2018 oleh .

Tinggal 28 hari sahaja lagi sebelum temasya bola sepak teragung di dunia akan berlangsung di Rusia. Vivo ialah penaja telefon pintar rasmi untuk edisi tahun 2018 dan sebelum ini melancarkan Vivo X20 edisi Piala Dunia. Mereka baru sahaja melancarkan Vivo X21 FIFA World Cup Edition dalam dua pilihan warna.

Ia hadir dalam warna merah atau biru sempena bendera negara Rusia. Terdapat logo Piala Dunia dan corak unik pada tubuh peranti. Tidak seperti X20 edisi Piala Dunia yang dilancarkan tahun lalu, telefon pintar ini tidak akan dijual kepada umum. Sebaliknya ia akan diberikan kepada pemain bola sepak, pihak pengurusan dan pengadil yang terlibat.

Dari segi spesifikasi, Vivo X21 FIFA World Cup Edition hadir dengan skrin 6.28-inci AMOLED, dilengkapi cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 5MP, selain kamera hadapan 12-megapixel dan bateri sebesar 3200 mAh.


TIPS & ULASAN