Xiaomi Malaysia hari ini telah hadir dengan gambar acah untuk telefon pintar terbaru mereka, Xiaomi Mi Mix 2S – sekaligus memperlihatkan yang mana ia bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.
Xiaomi Mi Mix 2S hadir dengan rekaan nirbingkai 5.99-inci, dijana cip Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM, dan ruangan storan sehingga 256GB.
Ia dilengkapi dwi-kamera belakang 12-megapixel, selain kamera hadapan 5-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 3400mAh.
Buat masa ini, tiada tarikh pelancaran untuk Mi Mix 2S ini. Memandangkan Xiaomi telah hadir dengan gambar acah untuknya, maka kita mungkin akan melihat ia dilancarkan dalam masa terdekat ini.