Cari @ Amanz

Sehari selepas OnePlus 6 dilancarkan, OnePlus 6 Marvel Avengers Edition telah dilancarkan di China. Berbanding edisi biasa, peranti ini mempunyai panel belakang berkaca dengan corak seakan gentian karbon. Butang pada peranti mempunyai kemasan berwarna emas. Pada bahagian belakang pula terdapat logo Avengers dan OnePlus juga berwarna emas.

OnePlus 6 Marvel Avengers Edition dilengkapi dengan skrin bertakuk 6.28″ Optic Amoled FHD+, dijana dengan Snapdragon 845, mempunyai memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB UFS2.1, dwi-kamera menegak 16+20 Megapixel  f/1.7 dengan OIS dan EIS, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri sebesar 3300mAh. Sebuah kerangka berbentuk wajah Iron Man disertakan bersama dengan tubuh yang boleh kami katakan berwarna ungu Thanos. Di China peranti ini dijual pada harga RMB 4199 (~RM 2620).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd