Cari @ Amanz

Medium merupakan salah satu laman yang dibangunkan oleh pengasas Twitter, membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan artikel melaluinya dan berkongsi kepada para pembaca yang lain. Ia sering digunakan oleh para usahawan dan mereka yang terlibat dalam arena teknologi untuk berkongsi pelbagai informasi dan artikel melaluinya.

Namun, sebelum ini perkhidmatan berkenaan telah dihalang akses untuk pengguna tempatan, kerana perkhidmatan berkenaan tidak membuang artikel mengikut permintaan SKMM. Halangan untuknya telah dibuat sejak 23 Januari 2016 lepas disebabkan oleh terbitan artikel Sarawak Report pada perkhidmatan berkenaan.

Medium ketika itu tidak membuang artikel berkenaan kerana mereka memerlukan injuksi mahkamah sebelum membuang sesuatu daripada platform mereka.

Medium

Sejak ia dihalang, ramai pengguna telah memohon kepada pihak kerajaan untuk membuka kembali akses ke perkhidmatan berkenaan. Kini, selepas sekian lama dinantikan, akses ke perkhidmatan berkenaan dilihat telah pun dibuka – sekaligus membolehkan pengguna tempatan untuk mengaksesnya.

Daripada ujian kami sendiri menggunakan rangkaian Maxis, Digi, dan Celcom, ia dilihat Medium sudah boleh diakses kembali tanpa masalah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd