YouTube Mula Menunjukkan Kredit Lagu Pada Video Bagi Memudahkan Pencarian Artis Asal

YouTube Mula Menunjukkan Kredit Lagu Pada Video Bagi Memudahkan Pencarian Artis Asal

Diterbitkan pada Mei 17, 2018 oleh .

Jenaka di YouTube ialah apabila ada komen bertanyakan lagu apa yang dimainkan pada video, anda perlu menjawab “Darude Sandstorm”. Meme yang sudah berusia hampir 11 tahun ini masih boleh dilihat di setiap ruang komen YouTube. Hakikatnya masalah ini sudah berlarutan terlalu lama dan kini akhirnya YouTube mempunyai cara menyelesaikannya.

Sejak semalam kami menyedari YouTube mula memaparkan kredit lengkap tajuk lagu, pemuzik, nama album, syarikat rakaman, penulis, dan lesen. Ini boleh diakses dengan membaca maklumat yang tertera di bawah video. Selain pautan ke video rasmi lagu yang didengari, terdapat juga pautan ke Play Music untuk membeli lagu menerusi Google Play. Buat masa ini kredit lengkap ini hanya dipaparkan untuk pemuzik popular antarabangsa dan video rasmi yang dimuat naik.

YouTube menggunakan teknologi Content ID yang bagi memadankan audio dengan pemuzik asal. Ini ialah sistem yang sama digunakan untuk menyelesaikan masalah menggunakan muzik tanpa kebenaran sebelum ini.


TIPS & ULASAN