Instagram Kini Membolehkan Melakukan Perkongsian Dari Garis-Masa Terus Ke Stories

Instagram Kini Membolehkan Melakukan Perkongsian Dari Garis-Masa Terus Ke Stories

Diterbitkan pada Mei 18, 2018 oleh .

Instagram Stories boleh dikatakan telah menjadi salah satu medium perkongsian pelbagai perkara menarik yang semakin aktif digunakan ramai berbanding perkongsian di garis-masa. Kini, dalam usaha untuk terus mengalakkan perkongsian ke Instagram Stories, pihak Instagram memperkenalkan sokongan untuk berkongsi perkongsian dari garis-masa terus ke Stories.

Instagram Share Stories

Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan perkongsian gambar mereka atau sebarang akaun yang dilabelkan umum lain daripada garis-masa Instagram terus ke Instagram Stories.

Untuk melakukan perkongsian, anda hanya perlu menekan pada butang “Direct” pada sebarang perkongsian umum, dan seterusnya memilih untuk berkongsi melalui Instagram Stories.

Ciri baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Android dan iOS bermula hari ini.


TIPS & ULASAN