Facebook Stories merupakan salah satu ciri pada laman sosial terkemuka dunia dalam berkongsi gambar dan video yang hilang selepas tempoh 24 jam ia dikongsikan. Sama seperti pada Instagram Stories dan WhatsApp Status, pengguna boleh menambah teks, emoji dan sebagainya sebelum dikongsikan terus ke Facebook Stories.
Facebook Stories kini dikatakan mempunyai lebih 150 juta pengguna aktif setiap hari, dan kini pihak Facebook turut mengumumkan yang mana mereka bakal mula memaparkan pengiklanan melaluinya.
Buat masa ini, sokongan pengiklanan akan bermula daripada Amerika Syarikat, dimana para pengiklan boleh mengiklan video 5 saat ke 15 saat melalui paparan Facebook Stories ini.
Kita mungkin akan melihat sokongan pengiklanan ini turut diperluaskan kepada pengguna seluruh dunia dalam masa beberapa bulan ini.