Cari @ Amanz

Asus Zenfone 5 diperlihatkan di MWC pada Februari lalu. Ia akhirnya akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Seperti biasa kemampuan kamera peranti kerap menjadi persoalan di kalangan pengguna. Markah DXO Mark untuk Asus Zenfone 5 ialah 90 markah dan ini setanding dengan sebuah Google Pixel dan HTC U11.

Ini ialah markah yang baik bagi sebuah peranti kelas pertengahan. Google Pixel dan HTC U11 kedua-duanya adalah peranti kelas utama yang menerima pujian sebelum ini kerana kemampuan kamera yang baik. Kekuatan Zenfone 5 ialah dengan dynamic range yang baik di dalama situasi terang serta tajam. Kelemahan pula terletak pada mod mengambil video dan masalah noise apabila gambar diambil dalam situasi pencahayaan yang kurang memuaskan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd