Cari @ Amanz

Facebook merupakan salah satu platform media sosial yang digunakan ramai penggalak media sosial (influencer) untuk berinteraksi dengan pengikut mereka. Kini, dalam usaha memudahkan mereka menjana pendapatan tambahan, Facebook dilihat sedang membangunkan ciri untuk menghubungkan para pengiklan terus ke penggalak media sosial.

Ditemui oleh AllFacebook, Facebook dilihat menamakan ciri ini sebagai Branded Content Matching. Melaluinya, para pengiklan boleh membuat carian penggalak media sosial berdasarkan kepada sesuatu topik, kategori atau demografi. Seterusnya, seseorang pengiklan turut boleh melihat portfolio penggalak media sosial berkenaan, dan terus berhubung untuk mengiklan melalui mereka.

Dengan perkembangan arena sosial, pelbagai pihak melihat kepada pengiklanan melalui penggalak media sosial ini, dan dengan langkah ini, Facebook dijangka akan menjana pendapatan tambahan melalui penawaran yang sedikit berbeza berbanding apa yang sedia ditawarkan mereka. Pada masa yang sama juga, langkah ini akan membuatkan para penggalak media sosial untuk lebih aktif menggunakan platform Facebook dan tidak meninggalkannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd