Netflix Kini Membenarkan Anda Melangkau Permulaan Siri Yang Ditonton Ketika Menggunakan Mod Casting

Netflix Kini Membenarkan Anda Melangkau Permulaan Siri Yang Ditonton Ketika Menggunakan Mod Casting

Diterbitkan pada Mei 18, 2018 oleh .

Netflix adalah perkhidmatan penstriman drama/filem yang menarik. Sehingga kini, Netflix hanya membenarkan pengguna melangkau bahagian permulaan siri (intro)  pada platform-platform utama seperti Android TV, peranti iOS atau juga PS4. Tetapi ini tidak boleh dilakukan ketika menggunakan mod casting pada TV. Dalam kemaskini terbaru Netflix akhirnya  membenarkan pengguna melangkau intro jika pengguna sedang menggunakan cast.

Menurut seorang pembaca Android Police, fungsi ini hadir dalam versi kemaskini Netflix 6.3.0. Namun, saya yang sudah memasang Netflix versi ini masih tidak dapat melangkau intro ketika sedang casting. Fungsi ini berfungsi pada mana-mana peranti yang menyokong casting atau Chromecast.

Dengan kemaskini ini, ia memudahkan pengguna untuk terus menonton dan juga menjimatkan masa dalam menunggu intro yang bosan.


TIPS & ULASAN