Cari @ Amanz

Di MWC, Nokia mengumumkan sokongan Pro Camera bakal diberikan kepada Nokia 8. Pro Camera membawakan antaramuka kamera popular yang digunakan pada peranti Nokia Lumia sebelum ini. Ia sudah digunakan pada Nokia  8 Sirocco dan Nokia 7 Plus. Ramai pemilik Nokia 8 yang ternanti-nantikan Pro Camera selepas hampir empat bulan dijanjikan.

Di Twitter Juho Sarvikas  yang merupakan ketua pengarah produk HMD Global telah mengesahkan kemaskini Pro Camera bakal hadir dalam masa terdekat. Kemaskini ini lambat tiba ke Nokia 8 kerana rangka kerja pengimejan pada peranti harus diubah sepenuhnya sebelum Pro Camera boleh digunakan. Tarikh sebenar kemaskini masih belum diketahui tetapi sama-samalah kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd