Semalam laman Sarawak Report dan Medium kembali boleh diakses oleh pengguna di Malaysia tanpa memerlukan DNS. Kedua-dua laman ini dihalang akses selama ini selepas ia memaparkan maklumat mengenai skandal 1MDB yang melibatkan seorang tokoh politik tertinggi negara.
https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/997305005110583297
SKMM hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penarik halangan kepada kedua-dua laman di atas. Menurut mereka ia dilakukan kerana laporan 1MDB telahpun dikeluarkan kepada umum.
Pada waktu yang sama mereka juga menjelaskan mengapa laman Live.undi.info yang memberikan maklumat keputusan pilihanraya secara langsung dihalang akses untuk seketika pada malam 9 Mei dan pada pagi 10 Mei. Halangan dilakukan kerana menerima aduan maklumat yang dipaparkan adalah kurang tepat.