Aplikasi Beta Steam Link Dilancarkan Untuk Peranti Android – Menyokong Sistem Operasi Android 5.0 Dan Keatas

Aplikasi Beta Steam Link Dilancarkan Untuk Peranti Android – Menyokong Sistem Operasi Android 5.0 Dan Keatas

Diterbitkan pada Mei 18, 2018 oleh .

Steam Link dikenali sebagai sebuah peranti fizikal yang membenarkan pengguna memainkan permainan komputer di televisyen-televisyen mereka.

Terkini, Valve baru sahaja mengumumkan bahawa aplikasi Steam Link Beta telahpun dilancarkan untuk peranti-peranti Android, dan akan menyokong peranti yang menggunakan sistem operasi Android 5.0 Loliipop keatas.

Aplikasi ini membenarkan pengguna bermain permainan komputer yang hadir melalui perisian Steam melalui peranti Android anda dari mana-mana sahaja, selagi komputer dan peranti Android anda bersambung ke talian Internet.

Menurut Valve, dengan aplikasi Steam Link ini, anda boleh menstrimkan permainan pada resolusi 1080p dan kadar segar semula skrin 60FPS dari mana-mana sahaja, tetapi jika anda mempunyai komputer berkuasa dan peranti Android anda disambungkan kepada rangkaian WiFi yang sama, anda boleh menstrim permainan komputer pada resolusi 4K 60FPS.

Aplikasi ini hanya hadir untuk peranti Android buat masa ini. Valve berkata bahawa Steam Link untuk peranti Apple iOS dan tvOS bakal hadir tidak lama lagi, bergantung kepada bila ia boleh melepasi pengesahan Apple.

Muat turn aplikasi Steam Link (Beta) untuk Android


TIPS & ULASAN