Penjejak Kesihatan Olike Weloop Neo Dilancarkan Di Malaysia Berharga RM399

Penjejak Kesihatan Olike Weloop Neo Dilancarkan Di Malaysia Berharga RM399

Diterbitkan pada Mei 18, 2018 oleh .

Penjejak kesihatan ialah kategori peranti boleh-pakai yang popular di kalangan pengguna. Bagi mereka yang mencari penjejak kesihatan mampu milik, Olike Weloop Neo telah memasuki pasaran tempatan dengan harga jualan RM 399. Ia dilengkapi pengimbas nadi, sistem GPS dan kemampuan kalis air sehingga 30 meter. Bateri yang digunakan pula boleh bertahan sehingga 15 hari dengan sekali caj.

Selain daripada itu ia mampu mengesan aktiviti senaman seperti berlari, berbasikal, berenang, angkat berat dan banyak lagi. Turut disertakan ialah kemampuan mengesan pola tidur pemakai. Tidak seperti kebanyakan penjejak kesihatan yang lain, Weloop Neo boleh dicas terus menggunakan port USB-A pada komputer riba misalnya. Tiada lagi masalah tertinggal dermaga pengecasan di rumah. Olike Weloop Neo akan mula dijual esok 19 Mei di bilik pameran Olike dan Oppo di seluruh negara atau menerusi kedai atas talian Oppo.


TIPS & ULASAN