GrabPay, Dompet Nirtunai Untuk Bayaran Di Kedai Akan Diaktifkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

GrabPay, Dompet Nirtunai Untuk Bayaran Di Kedai Akan Diaktifkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 18, 2018 oleh .

Grab sedia menawarkan perkhidmatan pengangkutan, selain turut memperluaskan penawaran untuk turut meliputi makanan baru-baru ini. Kini, selain daripadanya, Grab juga bakal memperkenalkan perkhidmatan GrabPay secara untuk pengguna tempatan tidak lama lagi.

Untuk makluman, Grab sedia mengintegrasikan GrabPay pada aplikasi mereka yang membolehkan pengguna menggunakan kad kredit atau debit untuk bayaran pengangkutan Grab. Namun, melalui pelancaran baru ini, ia akan menjadikan GrabPay sebagai sebuah dompet digital, dan digunakan untuk bayaran di kedai-kedai fizikal.

GrabPay

Pengguna hanya kelak mengimbas kod QR di kedai untuk membayar menggunakan GrabPay, sekaligus mendapatkan GrabRewards untuk setiap penggunaan. Memandangkan ramai sedia menggunakan Grab hari ini, maka ia akan memudahkan lagi proses memperluaskan penggunaan GrabPay di Malaysia kelak.

Buat masa ini, Grab tidak memberikan sebarang tarikh rasmi untuk pelancaran perkhidmatan berkenaan, dan sekadar mengatakan ia akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi. Memandangkan mereka telah sedia menerima pengesahan Bank Negara Malaysia sebelum ini untuk dompet digital mereka, maka kita mungkin akan melihat ujian beta dimulakan oleh Grab tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN