Hisense Malaysia Memperkenalkan Siri Televisyen 4K Baru Bersempena Acara Piala Dunia 2018

Hisense Malaysia Memperkenalkan Siri Televisyen 4K Baru Bersempena Acara Piala Dunia 2018

Diterbitkan pada Mei 20, 2018 oleh .

2018 merupakan tahun dimana acara bola sepak Piala Dunia akan berlangsung, dimana pelbagai jenama pembuat televisyen dilihat akan melancarkan pelbagai model yang hadir dengan ciri-ciri yang cukup menarik.

Hisense Malaysia hari ini baru sahaja mengumumkan kehadiran tiga buah televisyen baru untuk pasaran tempatan, termasuklah Hisense U7A, U9A dan juga Hisense Laser TV.

Hisense U7A merupakan sebuah siri televisyen 4K yang hadir dengan beberapa panel bersaiz 65 inci yang menggunakan teknologi Elite Backlight yang digabungkan dengan teknologi paparan HDR dan rekaan serba nipis untuk memastikan pengguna dapat menonton perlawanan bola dengan terang dan lancar.

Hisense U9A pula hadir dengan paparan bersaiz 75 inci dan menggunakan teknologi Prime Array Backlight, iaitu panel pencahayaan belakang LED yang mampu mengawal warna dan pencahayaan panel televisyen ini untuk memastikan warna yang keluar adalah setepat yang mungkin. Ia juga mempunyai ciri Ultra Motion Plus yang memastikan bahawa aksi-aksi yang pantas dapat dilihat dengan jelas melalui televisyen ini.

Akhir sekali ialah Hisense Laser TV yang merupakan televisyen pancaran laser 4K dengan skrin sebesar 100 inci. Sebuah kotak projektor memancarkan imej kepada skrin yang dipasang pada dinding. Laser TV menggunakan konsep yang sama seperti sebuah wayang gambar. Turut disertakan ialah sistem audio talaan Harman Kardon yang berfungsi secara tanpa wayar.

Di Malaysia Hisense U7A dijual pada harga RM6999, Hisense U9A pula dijual pada harga RM19,999 dan akhir sekali Hisense Laser TV dijual pada harga RM39,999 sebuah.


TIPS & ULASAN