Google Chrome Tidak Lagi Akan Melabelkan Laman Web HTTPS Sebagai “Selamat” Bermula September

Google Chrome Tidak Lagi Akan Melabelkan Laman Web HTTPS Sebagai “Selamat” Bermula September

Diterbitkan pada Mei 18, 2018 oleh .

Google mula melabelkan laman yang tidak menggunakan HTTPS tetapi memerlukan pengguna memasukkan kata laluan sebagai “Not Secure ” sejak dua tahun yang lalu. Laman yang selamat akan mempunyai label “Secure” di sebelah alamat laman. Kini, bergerak kehadapan, Google mengumumkan yang mana mereka tidak akan lagi melabelkan semua laman web yang menggunakan HTTPS sebagai “Secure” bermula Chrome 69 kelak.

 

Chrome 69 disasarkan untuk diperkenalkan pada September 2019. Tiada lagi logo mangga dengan perkataan berwarna hijau selepas ini dan digantikan dengan logo mangga kecil. Sebaliknya amaran “Not Secure” berwarna merah akan dipaparkan apabila Chrome mengesan laman tidak selamat. Dengan ini pengguna Chrome lebih mudah mengesan laman yang tidak selamat berbanding sebelum ini.


TIPS & ULASAN