(Dikemaskini) Sejumlah Pengguna Hotlink Mengalami Masalah Telekomunikasi – Tidak Boleh Membuat Panggilan

(Dikemaskini) Sejumlah Pengguna Hotlink Mengalami Masalah Telekomunikasi – Tidak Boleh Membuat Panggilan

Diterbitkan pada Mei 18, 2018 oleh .

Pihak Maxis hari ini mengesahkan yang mana sejumlah pengguna Hotlink menghadapi masalah telekomunikasi. Menurut Maxis melalui Twitter, pihak mereka sedang dalam proses membaik-pulih masalah berkenaan secepat mungkin.

Menurut Maxis, sesetengah pengguna Hotlink mungkin menghadapi masalah ketika membuat panggilan atau menerima panggilan, melayari web, membuat tambah-nilai, dan menyemak baki.

Percubaan kami sendiri pada talian Hotlink mendapati tidak boleh membuat sebarang panggilan dan menyemak baki. Tetapi tiada sebarang masalah ketika mengakses data internet. Ia dilihat pengguna Maxis tidak terkesan dengan masalah ini buat masa ini.

Hotlink Masalah

Dikemaskini : Maxis melalui laman Hotlink memohon maaf disebabkan oleh masalah yang berlaku. Maxis turut mengatakan yang mana semua perkhidmatan kini telah kembali seperti asalnya.


TIPS & ULASAN