OnePlus 6 Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula Kurang RM2549

OnePlus 6 Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula Kurang RM2549

Diterbitkan pada Mei 18, 2018 oleh .

OnePlus 6 telah pun diumumkan secara rasminya semalam, dan kini, pengedar tunggal OnePlus untuk pasaran Malaysia, Mi Han Sdn Bhd telah berkongsi beberapa info tambahan mengenai penawaran peranti berkenaan untuk pasaran Malaysia.

OnePlus 6

Menurut Mi Han, OnePlus 6 dijangka akan dijual di Malaysia seawal minggu pertama Jun 2018 kelak. Buat masa ini, mereka telah mempunyai harga jualan rasmi, tetapi ia menyertakan GST. Ini bermakna, harga jualan untuknya kelak akan sedikit rendah, memandangkan bermula 1 Jun 2018 kelak, GST akan berubah kepada kadar sifar.

Tiga variasi model OnePlus 6 dijangka akan ditawarkan untuk pasaran tempatan, iaitu model 64GB, 128GB dan juga 256GB.

Model 64GB dengan 6GB RAM berharga RM2549, 128GB dengan 8GB RAM pada harga RM2899, dan model 256GB dengan 8GB RAM pula pada harga RM3199.

Untuk makluman, kesemua harga ini adalah termasuk GST 6%. Memandangkan OnePlus 6 hanya akan dijual pada bulan Jun kelak, maka harga jualannya dijangka berubah, dan mungkin berubah menjadi lebih murah ketika ia dijual kelak.

Layari : OnePlus Official Store


TIPS & ULASAN