Cari @ Amanz

Kemaskini Android Oreo untuk Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge dihentikan semalam selepas pengguna kedua-dua peranti di Eropah melaporkan masalah peranti yang hidup serta mati secara tiba-tiba. Masalah ini agak serius sehingga Samsung menyarankan pengguna melakukan proses tetapan semula bagi memulihkan operasi peranti.

Samsung Galaxy S7 EdgeBerita menarik bagi pengguna kedua-dua peranti ini ialah, program kemaskini Oreo ini telah disambung semula dalam masa 24 jam. Pengguna di Eropah melaporkan mereka boleh mengemaskini peranti hari ini. Nampaknya masalah ini mengambil masa yang singkat untuk diselesaikan.

Masalah yang hampir serupa pada S8 pasca kemaskini Oreo mengambil masa seminggu untuk diselesaikan. Pengguna Galaxy S7 di Malaysia kami difahamkan masih belum menerima kemaskini Oreo sehingga hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd