Canon Speedlite 470EX-AI Kini Di Malaysia – Flash Pintar Yang Melaras Sudut Bounce Flash Secara Automatik

Canon Speedlite 470EX-AI Kini Di Malaysia – Flash Pintar Yang Melaras Sudut Bounce Flash Secara Automatik

Diterbitkan pada Mei 18, 2018 oleh .

Pada bulan Februari yang lalu Canon Speedlite 470EX-AI dilancarkan. Ianya unik kerana mampu melaras sudut bounce flash secara automatik. Penggemar fotografi arif dengan sukarnya melakukan perkiraan sudut bounce flash yang terbaik bagi pencahayaan subjek yang sempurna.

Flash kamera pintar ini dilengkapi teknologi Auto Intelligent (AI) Bounce bagi menetapkan sudut tembakan flash secara automatik. Jurugambar hanya perlu menekan satu butang yang mengukur dimensi bilik sebelum menggerakkan kepala flash ke sudut terbaik untuk penggunaan bounce flash.

Flash Canon Speedlite 470EX-AI dijual pada harga RM1,949 sebuah dan hanya menyokong kamera dari siri EOS sahaja buat masa ini.


TIPS & ULASAN