Dianggarkan terdapat sekitar 1 bilion insan di dunia tergolong di dalam kategori orang kurang upaya. Kehidupan mereka lebih mencabar berbanding insan bertubuh sempurna kerana kerap kali prasarana tidak direka untuk mereka. Malang sekali di atas talian perkara yang sama turut wujud dan oleh itu aplikasi Google Primer telah dibangunkan.
Menerusi Primer, pembangun aplikasi dan laman web boleh mempelajari apakah masalah atas talian yang dilalui oleh golongan OKU. Terdapat video serta sumber dari Google yang memberikan cara bagaimana keperluan golongan OKU boleh diintegrasikan kepada aplikasi dan laman.
Menjadikan laman atau aplikasi lebih mesra OKU turut dapat membantu insan biasa. Sebagai contoh penggunaan sari kata pada video membantu OKU pendengaran dan juga pengguna normal yang tidak mahu menonton video dengan suara ketika di tempat awam. Bagi yang berminat aplikasi Primer boleh dimuat turun di bawah.
- Muat Turun
- Muat turun aplikasi Google Primer dari Play Store
- Muat Turun
- Muat turun aplikasi Google Primer dari App Store