Yongnuo YN43 Mengubah Telefon Pintar Menjadi Kamera Micro 4/3 Nircermin

Yongnuo YN43 Mengubah Telefon Pintar Menjadi Kamera Micro 4/3 Nircermin

Diterbitkan pada Mei 19, 2018 oleh .

Kemampuan kamera pada telefon pintar sekarang cukup baik sehingga gambar yang diambil boleh digunakan untuk muka hadapan majalah seperti Vogue dan National Geographic. Tetapi saiz sensor lebih besar dan lensa kamera digital sebenar memberikan kelebihan dari segi kualiti imej. Bagi penggemar fotografi kini wujud penyesuai Yongnuo YN43  yang mengubah telefon pintar menjadi sebuah kamera Micro 4/3 nircermin.

Ia ditambat kepada telefon pintar menggunakan WiFi dan sebuah aplikasi khas menjadikan peranti sebagai viewfinder. Sebuah angkup terbina membolehkannya mencengkam tubuh telefon pintar ketika digunakan. Hanya lensa siri Canon EF dan EF-S disokong buat masa ini. Tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran dan harga jualan buat masa ini.


TIPS & ULASAN