Cari @ Amanz

Honor Malaysia bakal melancarkan Honor 10, telefon pintar terbaru mereka secara rasminya pada 22 Mei 2018 ini. Kini, beberapa info tertiris ke arena web, memperlihatkan yang mana Honor 10 mungkin dipasarkan di Malaysia pada harga RM1999.

Ia turut dilihat yang mana Honor Malaysia akan menawarkan Honor 10 ini melalui platform Shopee kelak.

Honor 10 boleh dikatakan variasi Huawei P20, hadir dengan skrin bertakuk dan dwi-kamera belakang.

Dari segi spesifikasi, Honor 10 menggunakan skrin 5.84-inci bertakuk, dijana Kirin 970, memori 4GB RAM dan storan sehingga 128GB. Ia turut menggunakan pengimbas cap jari dihadapan, dan tiada sokongan mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera belakang, dan kamera swafoto 24-megapixel.

Sekiranya benar ia berharga RM1999, adakah Honor 10 bakal menjadi salah satu pilihan peranti anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd