Nokia X6 Mungkin Dilancarkan Untuk Pasaran Antarabangsa

Nokia X6 Mungkin Dilancarkan Untuk Pasaran Antarabangsa

Diterbitkan pada Mei 19, 2018 oleh .

Nokia X6 dilancarkan eksklusif untuk pasaran China pada 16 Mei yang lalu. Peranti dengan skrin bertakuk pertama Nokia ini hanyalah sebuah peranti kelas pertengahan tetapi menerima reaksi positif dari peminat syarikat ini di seluruh dunia. Ini memaksa ketua pegawai produk HMD Global Juho Sarvikas untuk melakukan undian atas talian sama ada Nokia perlu menjual X6 ke pasaran global.

Dari maklum balas yang diterima, lebih dari 90% responden mahu peranti ini dijual di luar China. Juho kemudian menghantar kicauan yang memberikan petanda Nokia akan mendengar permintaan peminat.

Nokia X6 hadir dengan skrin bersaiz 5.8-inci FHD+. dijana pemproses Snapdragon 636, memori sehingga 6GB, storan sehingga 64GB, kamera utama 16+5 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapxiel dan bateri sebesar 3060 mAh yang menyokong QuickCharge 3.0. Adakah pembaca Amanz ingin Nokia X6 memasuki pasaran Malaysia?


TIPS & ULASAN