Honor Play 7 Dilancarkan Di China – Huawei Y5 Prime 2018 Dengan Pemproses MediaTek

Honor Play 7 Dilancarkan Di China – Huawei Y5 Prime 2018 Dengan Pemproses MediaTek

Diterbitkan pada Mei 19, 2018 oleh .

Baru beberapa jam yang lalu Huawei Y5 Prime 2018 diumumkan pada laman rasmi Huawei. Sekitar sejam yang lalu, Honor Play 7 pula dilancarkan di China. Jika dilihat sekilas pandang, kedua-dua peranti ini mempunyai rekaan yang amat sama. Ini adalah kerana perbezaan hanya terletak pada penjenamaan dan pemproses.

Ia dilengkapi skrin 5.45″ IPS LCD HD+, dijana pemproses MediaTek 6739, memori sebesar 2GB RAM, storan sebesar 16GB, kamera utama 13-Megapixel, kamera swafoto 5-Megapixel dan bateri sebesar 3020 mAh. Ia menggunakan Android 8.1 dengan pelancar EMUI 8.1. Pemproses Snapdragon 450 Y5 Prime 2018 digantikan dengan MediaTek 6739 pada peranti ini.

Honor Play 7 akan mula dijual pada 22 Mei ini pada harga RMB 599 (~RM 373) dalam pilihan waran hitam, emas dan biru.


TIPS & ULASAN