Video Menunjukkan Pengimbas Cap Jari Terbina Dalam Skrin Pada Xiaomi Mi 8 Tertirirs

Video Menunjukkan Pengimbas Cap Jari Terbina Dalam Skrin Pada Xiaomi Mi 8 Tertirirs

Diterbitkan pada Mei 20, 2018 oleh .

Panel hadapan dan kotak untuk Xiaomi Mi 8 tertiris pada hari Jumaat yang lalu. Kedengaran ura-ura Mi 8 akan dilancarkan serentak dengan Mi 7 sebagai peranti menyambut ulang tahun ke-lapan Xiaomi. Oleh sebab itu ia akan dilengkapi sistem seakan Face ID serta pengimbas cap jari terbina dalam skrin.

Semalam sebuah video tertiris menunjukkan bagaimana sistem pengimbas cap jari terbina dalam skrin Mi 8 berfungsi. Pengguna hanya perlu meletakkan jari pada skrin dan peranti menyahkunci dengan pantas. Sekiranya video ini adalah asli, Mi 8 akan menjadi peranti pertama Xiaomi yang menggunakan sistem ini.

Selain Xiaomi, Vivo juga telah menghasilkan peranti dengan pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Samsung pula dipercayai akan hanya memperkenalkannya pada Galaxy S10 tetapi menggunakan teknologi ultrasonik yang mempunyai kejituan yang lebih tinggi.


TIPS & ULASAN