Carian
Sony Menghentikan Kemaskini Google Assistant Untuk Sony WH-1000XM2 Dan WI-1000X
May 20, 2018 Effi Saharudin

Tiga hari yang lalu kemaskini firmware diberikan kepada fon kepala serta fon telinga Sony WH-1000XM2 Dan WI-1000X. Melaluinya kedu-dua peralatan audio ini akan mempunyai sokongan Google Assistant. Mereka hanya perlu menekan butang ANC untuk melancarkan Google Assistant dan seterusnya memberikan arahan suara.

Kemaskini untuk kedua-dua peralatan audio ini nampaknya telah dihentikan. Tiada sebab penangguhan diberikan. Di laman rasmi Sony hanya mengumumkan berlaku penangguhan dalam pemberian kemaskini dan memohon maaf atas kesulitan yang yang dialami oleh pelanggan.

Komen