Bosch Ingin Menggunakan Sistem Tujahan Sisi Bagi Mengelakkan Motosikal Dari Tergelincir

Bosch Ingin Menggunakan Sistem Tujahan Sisi Bagi Mengelakkan Motosikal Dari Tergelincir

Diterbitkan pada Mei 20, 2018 oleh .

Motosikal ialah kenderaan yang digunakan secara meluas tetapi mendedahkan penunggang kepada bahaya. Antara masalah yang kerap melanda penunggang ialah motosikal tergelincir ketika melalui selekoh. Ini mungkin kerana jalan yang licin, terdapat kerikil di atas permukaan jalan atau hilangnya imbangan. Bosch ingin menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan sistem tujahan sisi pada motosikal.

Dua corong tujahan sisi akan diletakkan pada tubuh motosikal yang bersambung kepada sistem giroskop. Apabila giroskop mengesan motosikal hampir tergelincir, sistem tujahan sisi akan menembak secara automatik bagi menstabilkan kedudukan motosikal. Kanister udara mampat sedia ada digunakan dan ia hanya perlu digantikan setiap kali sistem tujahan digunakan. Prototaip telahpun dihasilkan serta diuji dengan jayanya tetapi Bosch tidak memberikan tarikh bilakah ia akan digunakan secara komersial.


TIPS & ULASAN