Imej Rasmi Dan Spesifikasi Samsung Galaxy J4 Tertiris

Imej Rasmi Dan Spesifikasi Samsung Galaxy J4 Tertiris

Diterbitkan pada Mei 20, 2018 oleh .

Samsung ialah pengeluar dengan pegangan pasaran peranti terbesar di dunia sepanjang 2017. Mereka mengekalkan kedudukan teratas kerana masih menjual banyak peranti kelas permulaan dan pertengahan. Samsung Galaxy J4 ialah sebuah lagi peranti yang akan dilancarkan oleh mereka tahun ini. Rekaan serta spesifikasinya tertiris awal menerusi laman yang berpangkalan di Ukraine.

Samsung Galaxy J4 dilengkapi skrin sebesar 5.5″ SAMOLED HD, dijana pemproses Exynos 7570, memori sebesar 2GB RAM, storan sebesar 16GB, kamera hadapan 13-Megapixel, kamera swafoto sebesar 5-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh. Ia mengekalkan skrin 16:9 dengan butang home fizikal pada bahagian dagu. Sebuah pengimbas cap jari disertakan pada butang home ini.

Ia menggunakan Android 8.0 dengan pelancar Samsung Experience. Antara fungsi menarik yang disertakan ialah Secure Folder dan flash LED pada bahagian hadapan untuk swafoto yang terang pada waktu malam. Tiga warna ditawarkan iaitu hitam, emas dan kelabu orkid. Apabila diubah dari mata wang Ukraine, peranti ini dijual pada harga sekitar ~RM 730 sebuah.


TIPS & ULASAN