Huawei Memulakan Ujian Beta Android Oreo untuk Nova 2 Plus

Huawei Memulakan Ujian Beta Android Oreo untuk Nova 2 Plus

Diterbitkan pada Mei 21, 2018 oleh .

Huawei sebelum ini telah menawarkan kemaskini perisian EMUI 8.0 untuk beberapa peranti, dan terkini Huawei Malaysia turut telah memulakan ujian beta Android Oreo dengan antaramuka EMUI 8.0 untuk Huawei Nova 2 Plus.

Huawei Nova 2 Plus

Huawei Nova 2 Plus telah ditawarkan di Malaysia sejak tahun lepas, dimana ia hadir dengan skrin 5.5-inci, dilengkapi dwi-kamera belakang, dan turut menyertakan kamera swafoto 20-megapixel.

Sekiranya anda menggunakan Huawei Nova 2 Plus, anda boleh menyertai ujian beta untuk Android Oreo ini, dengan memuat-turun dan mendaftar melalui aplikasi khusus yang disediakan Huawei hari ini.


TIPS & ULASAN