Kerajaan UK Berikrar Memberikan Dana Bagi Membangunkan Kecerdasan Buatan Yang Mampu Mengesan Kanser

Kerajaan UK Berikrar Memberikan Dana Bagi Membangunkan Kecerdasan Buatan Yang Mampu Mengesan Kanser

Diterbitkan pada Mei 21, 2018 oleh .

Kecerdasan buatan seperti Google Duplex kini mampu melakukan panggilan telefon seperti manusia. Pada waktu yang sama ia juga menyebabkan ribuan insan bakal kehilangan kerja kerana digantikan olehnya. Tetapi tidak semuanya berita mengenai kecerdasan buatan adalah negatif. Kerajaan UK telah berikrar untuk membangunkan kecerdasan buatan yang mampu menyelamatkan nyawa.

Perdana Menteri UK Thereasa May dilaporkan menjanjikan sumbangan dana bernilai jutaan Pound bagi merealisasikan kecerdasan yang mampu mengesan pelbagai jenis kanser dan penyakit kronik pada pesakit pada peringkat awal. Antara kanser yang ingin dikesan awal oleh kecerdasan buatan ini ialah kanser prostat, ovari, paru-paru dan usus. Pengesanan awal akan menyelamatkan pesakit dan pada waktu yang sama mengurangkan kos rawatan yang ditanggung kerajaan UK menerusi NHS,

Adalah diharap menjelang 2033, 22,000 kematian dapat dielakkan oleh sistem ini. Sebanyak 50,000 pesakit pula diharap dapat menjalani proses pengesanan awal pada waktu yang sama. Kecerdasan pintar boleh memproses dataraya ujian makmal, diagnosis dan imej lebih pantas serta efisien berbanding manusia.

Di UK proses tempoh masa mengesan kanser dan mendapatkan rawatan kini mengambil masa 18 minggu. Ini adalah terlalu lama dan kecerdasan buatan ialah antara jalan penyelesaian yang digunakan bagi memendekkan tempoh ini.


TIPS & ULASAN