My Data Request Memudahkan Proses Mendapatkan Data Anda Yang Disimpan Pada Perkhidmatan Web

My Data Request Memudahkan Proses Mendapatkan Data Anda Yang Disimpan Pada Perkhidmatan Web

Diterbitkan pada Mei 21, 2018 oleh .

Pada hari ini, terdapat pelbagai perkhidmatan berasaskan web, dimana kebanyakkannya menyimpan data peribadi anda dalam usaha untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik, selain untuk paparan iklan dan sebagainya.

Kebiasaannya, web-web ini akan menawarkan kemudahan untuk pengguna mendapatkan data mereka yang tersimpan pada perkhidmatan berkenaan – supaya pengguna boleh menyemak sendiri apakah data berkaitan mereka yang disimpan pada perkhidmatan berkenaan.

Namun, proses mencari pautan untuk mengakses data berkenaan boleh dikatakan sedikit leceh, dan mungkin tidak digemari pengguna.

Untuk memudahkan proses mendapatkan data berkenaan, kini sebuah laman web hadir, dinamakan My Data Request.

Melalui laman ini, ia menyediakan pautan pantas untuk anda mendapatkan data peribadi anda yang tersimpan pada sesuatu perkhidmatan. Ini sekaligus menjimatkan masa anda daripada keperluan mencari pautan berkenaan secara manual.

Selain itu, My Data Request juga menyediakan salinan format emel yang perlu dihantar sekiranya data anda tidak ditawarkan untuk muat-turun oleh sesuatu perkhidmatan berkenaan.

Layari : My Data Request


TIPS & ULASAN