Kesatuan Pembangun Aplikasi App Store Dibentuk Bagi Membela Nasib Pembangun

Kesatuan Pembangun Aplikasi App Store Dibentuk Bagi Membela Nasib Pembangun

Diterbitkan pada Mei 21, 2018 oleh .

Mac yang lalu kerajaan Perancis menyaman Apple dan Google kerana terma perniagaan yang dikatakan tidak adil kepada pembangun aplikasi dari negara mereka. Apple segera menyangkal dakwaan ini dan berkata mereka sentiasa memberikan sokongan kepada pembangun. Terkini The Developer Union yang merupakan kesatuan pembangun aplikasi untuk App Store telah dibentuk.

Kesatuan ini berharap apabila semua pembangun bersatu, mereka boleh memaksa Apple untuk melakukan perubahan bagi menjamin masa depan mereka. Antara yang disarankan ialah membenarkan pembangun menawarkan ujian percuma ke atas setiap aplikasi yang ditawarkan. Sebelum iOS, pembangun program pada Mac menawarkan ujian percuma. Apabila pelanggan dapat mencuba sebelum membeli, mereka lebih yakin dengan aplikasi yang ditawarkan.

Kesatuan juga berharap dapat memaksa Apple untuk membincangkan semula potongan keuntungan dengan setiap pembelian aplikasi sedia supaya lebih mesra pembangun. Pada waktu ini Apple mengambil potongan 30% atas setiap pembelian aplikasi dan langganan menerusi pembelian dalam aplikasi.

Mereka berharap kedua-dua permintaan ini dapat diterima oleh Apple sempena ulang tahun App Store yang ke-sepuluh Julai hadapan. Setakat ini 428 pembangun aplikasi menyokong permintaan The Developer Union ini.


TIPS & ULASAN