Xiaomi Dijangka Melancarkan Mi Max 3 Menjelang Julai Kelak

Xiaomi Dijangka Melancarkan Mi Max 3 Menjelang Julai Kelak

Diterbitkan pada Mei 21, 2018 oleh .

Xiaomi Mi Max merupakan telefon pintar dengan kapasiti bateri dan skrin bersaiz besar daripada Xiaomi. Sebanyak dua generasi telah diperkenalkan sebelum ini, dan kini semestinya ramai menantikan pengenalan Mi Max 3 untuk tahun 2018 ini.

Bercakap mengenainya, melalui perkongsian di laman Weibo, CEO Xiaomi mengatakan yang mana Mi Max 3 dijangka akan dilancarkan hanya sekitar Julai kelak. Beliau meminta pengguna untuk mendapatkan Mi Max 2 sekiranya tidak ingin menantikan waktu beberapa bulan lagi untuk mendapatkannya.

Mengikut desas-desus sebelum ini, ia dikatakan Mi Max 3 mungkin hadir dengan skrin 6.99-inci dengan bateri berkapasiti 5500mAh. Ia turut dijangka menawarkan spesifikasi pertengahan, dan tidak mustahil ia menyertakan sokongan dwi-kamera bersama dengannya.

Untuk masa terdekat ini, Xiaomi dijangka akan melancarkan Xiaomi Mi 7, bersama-sama telefon edisi terhad pada penghujung bulan Mei ini.


TIPS & ULASAN