Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1180 Mungkin Akan Dilancarkan 15 Jun Ini

Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1180 Mungkin Akan Dilancarkan 15 Jun Ini

Diterbitkan pada Mei 21, 2018 oleh .

Tidak dapat dinafikan kemampuan grafik PC adalah jauh lebih tinggi berbanding konsol. Ini disebabkan perkakasan baru yang lebih berkuasa dihasilkan saban tahun. Bagi peminat permainan video PC, kad grafik terkini dari NVIDIA mungkin akan hadir pada 15 Jun ini.

Menurut laporan Tom’s Hardware, NVIDIA GeForce GTX 1180 akan dilancarkan pada tarikh tersebut. Kad grafik ini dipercayai lebih berkuasa berbanding GeForce Titan XP menggunakan GPU GT104 Turing 12nm FinFET, mempunyai 3584 teras CUDA, memori sehingga 16GB GDDR6 256-bit,dan kemampuan memproses sehingga 13 TFLOPS. Sebagai perbandingan Titan XP mempunyai kemampuan memproses 12.1 TFLOP.

Pada awalnya hanya NVIDIA GeForce GTX 1180 Founder’s Edition akan dilancarkan sebelum versi pihak ketiga memasuki pasaran pada bulan Ogos. Menjelang penghujung tahun ia dipercayai akan digunakan pada komputer riba. Bagi mereka yang merasakan TITAN XP tidak lagi memenuhi citarasa mereka, nantikan GeForce GTX 1180 dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN