Cari @ Amanz

Pernahkah anda risau akan keselamatan bagasi ketika sedang melancong? Ini ialah kerisauan saya setiap kali ke luar negara. Untuk mengatasi masalah seperti ini, Xiaomi pernah melancarkan beberapa bagasi pintar dengan sistem nyahkunci menggunakan bluetooth. Terkini daripada Xiaomi adalah bagasi pintar dengan sistem nyahkunci menggunakan cap jari.

Sebelum ini, kesemua bagasi pintar yang dilancarkan Xiaomi dengan sistem nyahkunci bluetooth ini adalah daripada siri 90 Point Metal Luggage – iaitu bagasi yang dibina daripada besi ringan. Bagasi baru ini dinamakan sebagai 90 Point Smart Suitcase, membezakannya dengan siri Metal Luggage adalah bagasi baru ini dibina daripada plastik MARKOLON daripada Jerman. Bagasi ini mempunyai struktur yang diperkukuh dengan besi di bahagian dalam dan keseluruhan bagasi ini adalah tahan lasak.

Roda pada bagasi ini pula mampu berputar pada 360 darjah dan diperbuat daripada plastik dengan permukaan mudah luncur dan lancar. Pemegang bagasi ini pula direka dengan bucu yang bulat, kemasan lembut yang mudah dipegang dan juga boleh dilaras kepada empat tahap ketinggian. Berat keseluruhan bagasi ini adalah 14KG dan mampu menampung beban sebanyak 40KG dan ia masih lagi tahan lasak dan tidak mudah retak walaupun terjatuh atau terkena hentakan kuat.

Sistem pengimbas cap jari yang digunakan adalah daripada Sweden dan mempunyai kelulusan keselamatan daripada syarikat Amerika Syarikat yang terkenal dalam pembuatan sistem keselamatan, sistem pengunci, dan kunci-kunci pintu. Rekaan bagasi ini pula direka oleh pereka terkenal daripada Swedish.

90 Point Smart Suitcase ini adalah kategori bagasi pintar yang paling murah. Xiaomi membukan pra-tempahan melalui laman biayasama Youpin pada harga RMB799 (~RM497) sahaja. Agak menarik melihat Xiaomi melancarkan bagasi dengan sistem keselamatan seperti ini. Jika ia dilancarkan di Malaysia, adakah anda akan memilikinya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd