Pra Tempah Oppo R15 Pro Dibuka Bermula 25 Mei Ini

Pra Tempah Oppo R15 Pro Dibuka Bermula 25 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 21, 2018 oleh .

Oppo R15 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini. Peranti paling berkuasa yang dihasilkan oleh Oppo untuk tahun 2018 setakat ini walau bagaimanapun akan hanya mula dijual secara terbuka pada 1 Jun hadapan. Tetapi bagi mereka yang mahu memastikan mereka dapat memiliki peranti secepat yang mungkin, Oppo akan membuka pra-tempah pada 25 Mei hingga 31 Mei.

Pra-tempah boleh dilakukan menerusi kedai atas talian rasmi Oppo, Lazada, 11Street dan Shopee. Tetapi jika mahukan peranti dengan lebih awal lagi, ia akan dijual hanya di bilik pameran Oppo di KLCC pada 29 Mei. Seramai 100 pelanggan terawal pada hari tersebut akan menerima pelbagai hadiah menarik seperti gambar selfie di dalam bingkai dan potongan harga ke atas aksesori. Pelanggan yang melakukan pra-tempah pula akan menerima hadiah percuma misteri. Harga jualan peranti hanya akan diumumkan pada hari pelancaran 24 Mei hadapan.

Oppo R15 Pro ialah peranti dengan skrin 6.28″ OLED FHD+ bertakuk, dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 6GB RAM, storan 128GB, kamera utama 16+20 Megapixel f/1.7+f/2.2, kamera hadapan 20-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3450 mAh. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 8.1 dengan pelancar Color OS 5.


TIPS & ULASAN