Samsung Galaxy S Light Luxury Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 660

Samsung Galaxy S Light Luxury Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 660

Diterbitkan pada Mei 21, 2018 oleh .

Rekaan Samsung yang dikatakan Galaxy S8 Mini  tertiris beberapa minggu yang lalu. Hari ini ia akhirnya dilancarkan secara rasmi sebagai Samsung Galaxy S Light Luxury eksklusif untuk pasaran China. Walaupun mempunyai perkataan “luxury” peranti ini hanya mempunyai spesifikasi peranti kelas pertengahan.

Skrin 5.8″ SAMOLED Infinity Display FHD+ dipadankan dengan pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 4GB RAM, storan 64GB. kamera utama 16-Megapixel f/1.7, kamera swafoto 8-Megapixel f/1.7 dan bateri sebesar 3000 mAh. Ia menggunakan sistem operasi Android Oreo 8.0 dengan pelancar Samsung Experience.

Terdapat sebuah butang khas Bixby disertakan pada sisi peranti. Terdapat sokongan imbasan anak amat, pengimbas cap jari pada bahagian belakang, pengecasan tanpa wayar dan kemampuan kalis air IP68. Sesuai dengan namanya, Samsung Galaxy S Light Luxury dijual pada harga RMB3999 (~RM 2498) dalam pilihan warna hitam dan burgundy red.


TIPS & ULASAN