Carian
Xiaomi Mi Mix 2S Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 1 Jun
May 21, 2018 Aman

Xiaomi Malaysia hari ini mengesahkan yang mana telefon pintar nirbingkai mereka akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi, dan akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Jun 2018 kelak.

Xiaomi Mi Mix 2S hadir dengan skrin 5.99-inci dengan rekaan nirbingkai, dijana cip Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut hadir menggunakan dwi-kamera belakang 12-megapixel, dan kamera swafoto 5-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 3400mAh.

Kita mungkin akan mengetahui lanjut mengenai harga dan tarikh jualannya pada 1 Jun 2018.

Komen