Opera Untuk Android Menambah Sokongan Tema Gelap

Opera Untuk Android Menambah Sokongan Tema Gelap

Diterbitkan pada Mei 21, 2018 oleh .

Opera hari ini mengumumkan kemaskini untuk pelayar web Android mereka, dimana melalui Opera 46 untuk Android, kini ia hadir dengan sokongan tema gelap.

Dengan ciri ini, ia membolehkan pengguna mengaktifkannya dan menggunakan pelayar web berkenaan dengan selesa ketika persekitaran bercahaya malap.

Opera Night Mode

Bersama-sama pengenalan ciri tema gelap ini, Opera juga turut memperkenalkan sokongan tema untuk Opera di Android. Ini sekaligus membolehkan pengguna mengubah paparan pelayar web berkenaan mengikut kesesuaian dan personaliti mereka.

Bagi anda yang menggunakan Opera untuk Android, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri baru yang disertakan ini hari ini.


TIPS & ULASAN