Cari @ Amanz

Hari ini ialah hari yang agak sibuk di dalam dunia telefon pintar dengan beberapa peranti baru dilancarkan. Di Korea Selatan LG Q7 telah dilancarkan dalam tiga model berbeza iaitu LG Q7+, LG Q7 dan LG Q7α. Ketiga-tiganya adalah peranti kelas pertengahan tetapi masih mengekalkan kemampuan audio yang tinggi.

LG Q7+ dilengkapi skrin 5.5″ FHD+ FullVision Display, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64GB. kamera utama 16-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel sudut lebar dan bateri sebesar 3000 mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas QuickCharge. Model ini adalah yang paling premium dengan sistem audio Hi-Fi Quad DAC disertakan.

LG Q7 dilengkapi skrin 5.5″ FHD+ FullVision Display, memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 32GB. kamera utama 13-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel sudut lebar dan bateri sebesar 3000 mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas QuickCharge.

Akhir sekali LG Q7α pula dilengkapi skrin 5.5″ FHD+ FullVision Display, memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 32GB. kamera utama 13-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas QuickCharge.

Aneh sekali pihak LG tidak mengumumkan pemproses apa yang digunakan untuk setiap model. Mereka hanya memberikan maklumat penggunaan pemproses 1.5 GHz lapan teras atau 1.8 GHz lapan teras. Ketiga-tiganya walau bagaimanapun mempunyai sokongan pengecasan USB-C, nyahkunci menggunakan imbasan waja, Qlens, audio DTS:X, kemampuan kalis air IP68, melepasi standard tahan lasak MIL-STD 810G. Ketiga-tiga model akan dijual pada pasaran Eropah bermula bulan Jun sebelum ke pasaran lain. Tiada maklumat mengenai harga jualan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd