Cari @ Amanz

Asus sedia mempunyai platform ZenTalk yang turut beroperasi sebagai halaman setempat dimana para pengguna produk Asus berhimpung dan membincangkan pelbagai perkara, selain turut menerima sokongan daripada pihak Asus. Kini, selain sokongan ZenTalk umum, pihak Asus Malaysia turut melancarkan sebuah bahagian khusus yang memfokuskan pengguna Malaysia.

Melalui forum ini, pengguna boleh mengikuti pelbagai berita semasa, selain turut mendapatkan maklumbalas terus daripada pihak Asus berkenaan produk dan perkhidmatan mereka.

Bagi anda yang menggunakan produk Asus, boleh mendaftar akaun ZenTalk secara percuma hari ini, dan menyertai pengguna Asus yang lain, atau bertanyakan sebarang persoalan yang hadir ke minda anda berkenaan dengan produk Asus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd